Sebagai seorg ibu kita sgt teruja♡♥♡♥♡♥ bila menatap baby ygbaru lahir...sungguh suci dan mulus,, teruja utk beri mkn yg terbaik utk si baby comel spy cepat membesar dgn sihat..tempoh berpantng adalah saat manis bg ibu2, menyusukan baby, membelai, mengusp baby sepnjng masa..
Sepnjg tempoh berehat inilah ibu2 yg bekerja ambil peluanng utk mengumpul stok ebm utk si mnja nnti...bila susu dah bnyk..mcmana nk simpn dgn cara yg betul yer?
Di sini akak akn ceritakn cara2 simpn dan guna ebm secara betul..ni pnduan dr hospital , dr pengalaman akak yg menjaga bby pramatang dihospital..nurse2 sini semua baik2,, bg tunjukajar cara pump susu, cara simpn dan cara guna,,, siap bg pamplet yg berguna lagi..
Sini akak kongsikan utk rujukn ibu2 comel semua yer♥♥♥♥
CARA PENYIMPANAN SUSU IBU YG DIPERAH
Suhu bilik (28ºc - 37ºc) = 4 jam
Bilik hawa dingin
(18-25ºc) = 8 jam
(< 15ºc) = 24 jam
Peti sejuk (2-4ºc) = 2 minggu
Pembeku dalam peti sejuk 1 pintu = 2 minggu
Pembeku 2 pintu = 3 bulan
Pembeku -20ºc = 6 bulan
★susu yang telah dicairkan/ nyahbeku dan disimpan dalam peti sejuk = 12jam
♥♥♥♥CATATAN }}} ibu boleh mula membuat simpanan (stok) susu perahan 1 bulan selepas bersalin
CARA PENYEDIAAN SUSU PERAHAN
♡biarkan susu kembali ke suhu bilik
♥sediakan susu di dalam bekas mengikut keperluan bayi sahaja
♡rendam bekas yg berisi susu dalam air panas sehingga susu menjadi suam
♥susu yg telah disuamkan tidak boleh simpan semula
♡beri bayi susu dengan cawan atau sudu
♥susu yang beku perlu diturunkan ke peti sejuk semalaman.
♡susu tidak boleh dipanaskan di atas api / MICROWAVE

No comments:
Post a Comment